BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

20 November 2012

Tentang 135 lc #cekalang

Tak sangka hangatnya sambutan pada entri Yamaha 135LC yang garang sekaligus menjadi entri paling hangit kat blog ni. Haha.. Terima kasih tak terhingga kepada pembaca semua samada yang memberikan komen mahupun sekadar silent reader. Kalau tak kerana korang takdela entri tu jadi hangit. Sampai dah jadi macam forum pulak bincang pasal LC ni. Sory ada soalan tak berjawab sebab saya bukan pengguna LC tapi Modenas CT! So, ada yang saya kurang pasti. Berdasarkan UV dan bilangan komen artikel tersebut, memang tak dapat disangkal lagi ramai yang tertunggu-tunggu akan keluarnya Yamaha LC model terbaru di pasaran selepas kejayaan model LC yang terdahulu. Akhirnya model baru ini selamat dilancarkan lebih kurang dua bulan yang lepas. Tapi dengan spec yang berlainan dari apa yang dilancarkan untuk pasaran Indonesia. Rekabentuk jela yang sama dan ianya cukup menghancurkan harapan pengguna kapcai di Malaysia yang mengidam kapcai 5 kelajuan dan brake disc depan belakang. Untuk spesifikasi penuh, sila rujuk entri sebelum ini. Tapi dek kerana branding Yamaha yang cukup kuat di Malaysia, ramai je yang membelinya dan kalau kena gaya mungkin akan menjadi lebih popular daripada model LC sedia ada. Samada betul atau tak hanya masa dan sentimen pengguna yang akan menentukan. Disebalik keghairahan ribuan peminat Yamaha, ada benda tak best pasal LC 2011. LC baru ni dikatakan tak berkuasa seperti model yang lepas. Banyak cut off hingga kelajuan maksima hanya setakat 120 kmj berbanding LC lama yang mampu mencapai kelajuan sehingga 160 kmj. Ada jugak yang komen LC baru ni setakat nak melawa je (kalau lawa) boleh la. Mungkin ada jugak keluhan yang lain. Tunggu je bila dah ramai pakai nanti. Sebelum tu, kita usya sket apa kata otai-otai kat bawah:

0 comments:

naem

naem

Hassan

Hassan

luqman

luqman

Esan

Esan

faiz udin

faiz udin

my little sister

my little sister

my sister

my sister

atip

atip

ajie

ajie

Pages

Followers