BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

20 November 2012

Awek bagi baloon , f=jom fly minlon

FZ150i pro : 1)Save minyak.boleh dapat 32-50km/liter mengikut haya tunggangan 2)Senang menyelit ketika jem 3)Gune water cooler.So,bole hentak jauh2 4)Pasang box nampak ok 5)Rantai o-ring yang dibekalkan memang tahan.Aku dah 50k km guna 6) Kedudukan riding adalah tegak,so,memang tak lenguh bile bawak jauh.aku pernah tibai 1000km 1 day. KIPS pro: 1)Laju..boleh makan ninja 250 2)2stroke yang paling terjimat di dalam kelasnya 3)untuk touring ok kot.hari tu di phuket, ada nampak 5 biji KIPS malaysia. FZ150i con: 1)Enjin boleh dikatakan manja (dalam sesetengah kes) 2)Slow untuk kaki besit. 3)resale value rendah 4)bearing engine cap ayam KIPS con: 1)Bunyi kurang sedap 2)Tangan lenguh bawak lame2 (tangan aku la)

Tentang 135 lc #cekalang

Tak sangka hangatnya sambutan pada entri Yamaha 135LC yang garang sekaligus menjadi entri paling hangit kat blog ni. Haha.. Terima kasih tak terhingga kepada pembaca semua samada yang memberikan komen mahupun sekadar silent reader. Kalau tak kerana korang takdela entri tu jadi hangit. Sampai dah jadi macam forum pulak bincang pasal LC ni. Sory ada soalan tak berjawab sebab saya bukan pengguna LC tapi Modenas CT! So, ada yang saya kurang pasti. Berdasarkan UV dan bilangan komen artikel tersebut, memang tak dapat disangkal lagi ramai yang tertunggu-tunggu akan keluarnya Yamaha LC model terbaru di pasaran selepas kejayaan model LC yang terdahulu. Akhirnya model baru ini selamat dilancarkan lebih kurang dua bulan yang lepas. Tapi dengan spec yang berlainan dari apa yang dilancarkan untuk pasaran Indonesia. Rekabentuk jela yang sama dan ianya cukup menghancurkan harapan pengguna kapcai di Malaysia yang mengidam kapcai 5 kelajuan dan brake disc depan belakang. Untuk spesifikasi penuh, sila rujuk entri sebelum ini. Tapi dek kerana branding Yamaha yang cukup kuat di Malaysia, ramai je yang membelinya dan kalau kena gaya mungkin akan menjadi lebih popular daripada model LC sedia ada. Samada betul atau tak hanya masa dan sentimen pengguna yang akan menentukan. Disebalik keghairahan ribuan peminat Yamaha, ada benda tak best pasal LC 2011. LC baru ni dikatakan tak berkuasa seperti model yang lepas. Banyak cut off hingga kelajuan maksima hanya setakat 120 kmj berbanding LC lama yang mampu mencapai kelajuan sehingga 160 kmj. Ada jugak yang komen LC baru ni setakat nak melawa je (kalau lawa) boleh la. Mungkin ada jugak keluhan yang lain. Tunggu je bila dah ramai pakai nanti. Sebelum tu, kita usya sket apa kata otai-otai kat bawah:

Tentang 125zr #steadyBOh

Kisah ni plak aku rasa lau kat terengganu gerenti tahu punya..biasa mat2 rempit pencen cam aku gerenti tahu cerita nih.. kisahnya tentang sebuah motor yamaha 125z..motor ni mmg popular zaman aku..masa tu aku sekolah tingkatan 5..aku guna yamaha sport jer..cuma tulisan tepi je aku taruk 125z..hihi..nak beli mahal.. kisahnya camni...dengar cerita la motor tu terlibat ngan satu exsiden belonggor kata org terengganu..mmg ngeri la..kepala penunggang a.k.a mat rempit tu putus dan berada dalam bakul motor tu..dan yg paling seram,motor tu xnak mati enjinnya..walaupun minyak motor tu dah kering...kat balai polis pun motor tu still hidup..dan masa tu datang la seorg ustaz baca2 ayat untuk bg motor tu mati enjinnya..dengan izin Allah,motor tu mati enjin.. pas dari exsiden tu,motor tu di repair balik dan di jual..ada la seorang hamba Allah ni beli..dan ape yg berlaku,hamba Allah ni pun exsiden sama..yg ngerinya..kepala pun putus..nak tahu kat mana kepalanya berada?tempat yg sama jugak..kat bakul or raga motor tu..pas kejadian tu jugak sekali lagi motor tu di baiki dan di jual balik..dan benda sama lagi berlaku kat tuan baru motor tu.. last2 ayah si arwah yg pertama meninggal tu ambik balik motor puaka tu dan dengar cerita motor tu dah pun di bakar..ni kisah benar zaman aku merempit dulu..mmg seram aku rasa..motor tu di jual ngan harga x masuk akal..rm1000 lebih..last2 motor tu dah jadi abu...wallahualam... __________________

19 November 2012

Tentang Kami

Haha maaflah gambar ini tidak berapa elok . Kami ni suka sangat buat lawak . hee , lagi lagi bahan orang
kiteorang nombor satu bahan orang
haha , aku nak ceramah ni----> Qiyamullail: mendekatkan diri kepada Allah, penghapus segala dosa, penghalang maksiat, & penawar bagi penyakit yang ada ditubuh. H.R Ahmad Kami bukannya budak moto tapi budak biasa biasa sahaja . kadang kadang kalau datang angin merempit mulalah . Kami ni suka bersantai , jalan-jalan . Setiap manusia ada silap dan salahnya . Kami budak baik , hee . okeylah sampai disini sahaja coretan saya pada hari ini , lain kali saya akan tulis tentang tajuk yang lain , asalamualaikum .

naem

naem

Hassan

Hassan

luqman

luqman

Esan

Esan

faiz udin

faiz udin

my little sister

my little sister

my sister

my sister

atip

atip

ajie

ajie

Pages

Followers